Rabu, 29 Oktober 2014

CATATAN PERJALANAN KE BUKITTINGGI DAN PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA (Part 1)
(..ayohh keliling ranah minang..!!!)

21-24 Oktober 2014(Selasa – Khamis)
Jumlah ahli (6 org) terdiri daripada kami sekeluarga(mama, babah, Aqeel), Mak Ngah, Mak Lang n Pak Busu.

HARI 1 (Selasa- 21 Oktober 2014)
Dengan menaiki Air Asia “Everyone Can Fly”..so I want 2 Fly All Over D World!!!!


 
Dalam flight
                                                                          
Ermmm..Sedapnya Aqeel makan maggi
 Depart jam 7 55 pagi dari KLIA dam mendarat di Bandara Minangkabau International Airport. Supir kami sepanjang lawatan ialah Pa’ Unchu Aulia(panggil Pa’ Unchu je...phone: +62852 63 050669). Dengan motonya “ tenang saja” kami dijanjikan akan enjoy sepanjang lawatan yang amat berbeza.



 Ahli rombongan cik Kiah hihi

Di pintu keluar airport,  kami sedia ditunggu oleh Pa’Unchu dan terus menuju parkir kereta dan kereta terus bergerak dan lawatan ke ranah minang pun bermula..

Sebelum datang, kami menetapkan matlamat ke sini adalah untuk melawat dan bukan shopping sangat(sambil-sambil je hihi). Jadi meminta Pa’ Unchu memenuhi hasrat kami itu “keliling ranah minang”.

Rumah Makan Lamun Ombak...Masakan Padang

Perut pun dah berkeriut...lapar la tu dan kami terus dibawa makan pagi di Rumah Makan Lamun Ombak. Masakan padang dengan yang lauk banyak.. Rambang mata dibuatnya namun makanan lain ada jugak.


Jus Mangga dan Alpukat


Menunggu hidangan

Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan di padang . Kami melalui menuju ke bukit tinggi melalui Bandar Padang dan terus ke Kabupaten Solok (Daerah Solok)

Kami melalui Jembatan Siti Nurbaya (ada sejarah tu percintaan antara Siti Nurbaya dengan cowoknya Shamsul Bahri....lupala ceritanya pak hihi)


Lepas tu makan Es Durian Ganti Nan Lamo..perghhh sedap sangat, kalau tak sedap free....

Es Durian..Enak banget!!

Dalam perjalanan dihiburkan dengan cerita lucu daripada Pa’ Unchu yang super lawak, kami menikmati pemandangan yang penuh dengan binaan minang yang kreatif dan tersendiri. Bentuk bumbung yang digelar “gonjong” melambangkan tanduk kerbau.




Banyak bangunan yg serlahkan binaan minangkabau..asal daripada “Menang Kerbau”

Menurut Pa’ Unchu, daerah Sumatera Barat disebut juga dengan daerah minang atau ranah minang dengan suku minang 100% beragama Islam yang teguh memegang adat minang yang digambarkan dengan perbilangan “Adat basandi syarak (agama), syarak basandi kitabullah (Al-qur’an). Bermaksud adat dan agama takkan dapat dipisahkan.



Chinatown di Padang

Kami meneruskan perjalanan ke Kabupaten Solok (Daerah Solok). Jalannya mulai mendaki dengan selekoh yang sangat tajam. Udara semakin sejuk dan menyegarkan.

Kira-kira satu setengah jam. sampailah kami di kebun teh dan menikmati secawan teh dengan udara yg dingin dan fresh.

 Kebun teh Kabupaten Solok


 Nikmat menghirup teh dalam udara yang dingin 

Setelah puas menikmati rasa teh minang (yang ditanam sejak zaman penjajahan belanda) kami meneruskan perjalanan untuk melihat tasik kembar(tasik diatas dan tasik dibawah). Tasik diatas posisinya di bawah dan tasik dibawah posisinya di atas.  Pening jugak nak paham!! hihi


Danau Atas....danau/tasik atas lokasi bawah

Pemandangan sawah yang menghijau, Macam Kedah pulak. Pekerjaan utama penduduk disini ialah bertani, berkebun ,bersawah, dan lain-lain) – sesuai dengan cuaca tanah tinggi macam Cameron Highland.

Danau berkembar tidak dapat dilihat sangat kerana cuaca yang berjerebu, tetapi sempat tangkap gambar sambil dengar cerita Pa’ Unchu.. haha..



Setelah puas menikmati keindahan tasik kembar, kami meneruskan perjalanan ke Kota Solok, melalui jalan  yang bengkak bengkok , berbukit dan jurang yang dalam merupakan pengalaman yang hebat!

Dalam perjalanan, kami berhenti solat di Masjid Agung Al Muhsinin. Satu keunikan di ranah minang adalah dalam kurang dari 1 km terdapat sebuah masjid atau surau, dimana dana pembangunan masjid atau surau tersebut berasal dari sumbangan masyarakat tempatan.  Alhamdulillah......


Masjid Agung Al Muhsinin, Kota Solok



Terdapat empat tasik yang terkenal di Padang Bukit Tinggi iaitu Danau Singkarak, Danau Maninjau dan Danau Atas, Danau Bawah (Danau Kembar)

Danau/ Tasik Singkarak...Luasnya seperti lautan


Danau Singkarak adalah tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba di Medan, dan danau terbesar di Sumatera Barat (Ranah Minang).

Selepas melihat keindahan Tasik Singkarak, kami berhenti minum petang dengan menikmati soto ayam, mee goreng, kuih tempeyek dengan kacang yang banyak. Harga pun boleh tahan kira-kira Rp 80,000(kira-kira RM25) ..murahkan??


Soto ayam

Makan makan dan makan haha

Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan menuju Kota Padang Panjang, dan ternampak salah satu masjid tertua (Surau Nagari Lubuk bauk). Menurut Pa’ Unchu, ia dibina dengan tidak menggunakan sebatang paku pun seperti namun binaannya  masih kukuh dan dijadikan madrasah tempat anak-anak mengaji.

Surau Nagari Lubuk Bauk....Aqeel aje yang turun bergambar

Lepas tangkap gambar, teruskan perjalanan ke kabupaten ke Kota Padang Panjang dan singgah di tempat shopping kain sulam yg terkenal, Pandai Sikek yg bermaksud pandai menenun. Terdapat banyak kain sulam dan telekung bersulam cantik tapi harganya boleh tahan...tak beli apa-apa, melawat aje.

Pandai Sikek

Sulaman yg bermutu tinggi serta bagus


Di sana terdapat Rumah Tenun Pusako Pandai Sikek yang kreatif binaan minangnya.



Sebelum sampai kota Bukit Tinggi Pa’ Unchu  ajak rasa Kuih Neraka. Uniknya kuih ini dibakar dengan kayu api atas dan bawah. Bahannya tepung Talago, pisang, gula putih, gula merah, kelapa, dan  di penyetkan macam lempeng kecik.Wow  rasanya mabeles!!



Jam 7.30 malam baru sampai hotel dan terus check in di Grand Kartini Hotel
Nama hotel sempena nama Ibu Raden Adjeng Kartini yang perjuangkan pendidikan wanita zaman penjajah.  Hotelnya nampak bersih dan baru.




Jam 9 malam keluar untuk makan malam di Wong Semarang
Makan ayam penyet dan nasik campur


Balik jam 10 malam...thanks Pa’ Unchu!!!

Contact no Pa' Unchu: +62852 63 050669
email: ajhoul@gmail.com
fb: pa'unchu aulia