Jumaat, 14 November 2014

Catatan ke Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat (Part 3)

Jadual hari 3: Minang Kabau tour, Harau Valey dan Fly Over Ranah Minang
Jam 8.45 pagi Pa’ Unchu pun sampai untuk teruskan lawatan hari itu.

Sebelum lawatan, kami singgah sebentar di Pasar Aur Kuning untuk cari telekung dan tshirt.
Pasar Aur Kuning merupakan pasar borong terbesar di Ranah Minang

Kami juga dibawa Pa’ Unchu singgah ke kedai menjual kerepek(sana mereka panggil kripik) dan makanan tempatan. Nama kedai tu Ummi Aufa Hakim. Uniknya kedai ini ialah pelanggan diberi merasa kerepek dan makanan yang dijual disitu.





Proses menggoreng keropok sanjai yang  menggunakan ubi kayu 




Proses memotong ubi kayu menggunakan mesin

Selain itu, proses membuat kerepek dan makanan yg dijual tu dijalankan di tempat yang sama. .Jadi masa yang sama kami sempat melihat cara pembuatan makanan yg dijual itu . Memang bersih dan terbaik!!




Mama dan Aqeel sempat berselfie dalam perjalanan haha

Kami seterusnya menuju rumah gadang, Istano Basa Pagar Ruyung di Kabupaten Tanah Datar. Sebelum itu , kami singgah di rumah Kopi Kiniko di daerah Tabek Patah. Disana kami melihat cara membuat kopi tempatan yang prosesnya masih secara manual/tradisional.

Aroma kopi menusuk hidung.Di sini,pengunjung boleh merasa keenakan kopi kiniko secara gratis(percuma)...”Enggak enak tak perlu bayar” kata Pa’ Unchu.  Memang tak sedap pun hihi

Kami membeli kopi dan kuah pecel ready made. Memang sedap dan puashati.


                                                                    Brand Kopi Kiniko




Proses membakar biji kopi sebelum digiling menjadi serbuk




 Aqeel dan Tok Su sempat lawan main congkak


 Kopi diberikan percuma(gratis) tapi bancuh sendiri



Kami meneruskan perjalanan ke tempat paling bersejarah di Ranah Minang iaitu Istana Basa Pagar Ruyung yang terletak di  Batu Sangkar, Kabupaten Tanah Datar. Lokasinya yang berada di sisi jalan sangat mudah untuk dilihat  dari jalan besar.

Pada tahun 2007, Istano Basa mengalami kebakaran besar akibat petir yang menyambar di puncak istana[2]. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar. Ikut terbakar juga sebahagian dokumen, serta kain-kain hiasan.

Barang-barang yang selamat dari kebakaran tersebut sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa.[4]


Di sini terdapat anak-anak  muda yang menawarkan khidmat mengambil foto dengan bayaran RM10 satu gambar. Pengunjung boleh menyewa pakaian pengantin untuk merasakan sendiri budaya Minangkabau
Bergambar di pintu masuk Istano Basa Pagar Ruyong







Bahagian dapur istana


Istana Silindung Bulan
Jam menunjukkan pukul 2 .30 petang, perut pun dah berkeroncong.
Kami makan tengahari di Kedai Makan Si Tujuah di Paya Kumbuh. Special di sini ialah dendeng/daging bakar, ikan bakar dan gulai kambing di samping lauk yang lain lagi sangat enak.

  
Pemandangan indah sawah padi sebelum sampai tempat makan 






Banyaknya lauk.....

Kemudian kami di bawa ke Lembah Harau, Paya Kumbuh, salah satu tempat lawatan yang jarang dikunjungi oleh pelancong Malaysia.


Pemandangan di Lembah Harau yang dikelilingi batu kapur yang teguh


Air terjun yang cantik dan sejukkkkk....

Tangkap gambar dulu...cheeseee!!



Kami meneruskan perjalanan di ranah minang dengan melawat Kelok  9 , Paya Kumbuh. Disana terdapat Fly Over yang sangat tinggi dan binaan yang tersendiri. Pelik juga kerana Fly Over Ranah Minang ni dibina di tengah hutan.

Kami sempat bergambar di bahagian atas fly over yg tinggi sangat tu...fuhhhhh....cemas jugak...pak Unchu juga bergambar dengan penuh sylo( cayalah Pak!!!)





Fly Over Keluk 9, Paya Kumbuh






Hati-hati Pak Lim dan Pak Su...nanti jatuh kebelakang
Bersama Pak Unchu 



Pewwiiittttttt....gaya Pa’ Unchu yang comel lagi ganteng hahaha
(dipaksa bergaya oleh ibu aisyah katanyaa......)

Dengan lawatan ke Fly Over tersebut, maka tamatlah lawatan kami pada hari itu. Kami pulang ke Bukit Tinggi dan sampai ke hotel jam 9. 30 malam. Mandi, makan dan zzzz.... semua kecapetan haha


Hari 4 (Jumaat-24 Oktober 2014)

Pagi itu, hari terakhir di ranah minang. Kami sempat bergambar di hadapan hotel. Sedih jugak rasanya huhu...



Bergambar bersama Pa’ Unchu
  
Dalam perjalanan ke airport, kami sempat singgah diPusat Dokumentasi Minangkabau dan  Air Terjun Lembah Anai. Disini kami hanya bergambar memandangkan terpaksa mengejar masa.

Pusat Informasi  dan Dokumentasi Minangkabau









 Babah dan Aqeel je yang pose di sini

Sebelum sampai airport, kami singgah semula di RM Lamun Ombak untuk beli makan tengahari ( tapau aje). Kami beli murtabak mesir...memang terbaik!

Kami sampai di airport jam 11.30 pagi kerana akan terbang jam 1.50 petang. Maka berakhirlah lawatan kami di ranah minang yang meninggalkan memori indah yang akan diingati sehingga akhir hayat.....


....Selamat tinggal Bukit Tinggi,
....Selamat tinggal Padang
....Selamat Tinggal Pa’ Unchu
....Selamat tinggal kenangan
....Ada umur kita ketemu lagi.....


Untuk contact Pa’ Unchu ( Supir paling happening)phone: +62852 63 050669,
 email: ajhoul@gmail.com, 
 fb: pa’unchu aulia.

Catatan: Ibu Aisyah-Bandar Enstek(0126612081)





Isnin, 3 November 2014

CATATAN PERJALANAN KE BUKIT TINGGI, PADANG ,SUMATERA (PART 2)


Hari 2 (Rabu- 22 Oktober 2014)
Sarapan di hotel jam 7.30 pagi
Pak Unchu datang jam 8.30 pagi

Jadual: Tasik Maninjau

Pagi tu Aqeel heboh nak naik kuda(bendi).  Menurut Pa’ Unchu terdapat kuda sewaan  di Jam Gadang  tapi harganya agak mahal kira-kira Rp100,000(RM30). Jadi, dia cadangkan naik kuda yang terdapat di jalan aje.  Dapatlah Aqeel naik kuda dengan bayaran RP50,000 (RM15) 2 kali pusing dan kami tunggu di hotel. Puaslah hati Aqeel dapat naik kuda. Kalau tak dia bising dan buat hal hehe.....




 Seronoknya Aqeel naik kuda

Hari tu kami teruskan lawatan ke Tasik maninjau dan sempat singgah di Koto Gadang, tempat pembuatan barangan perak, Silver  Work Welisyar. Setelah tangkap gambar, akviti belek-belek barang hiasan perak pun bermula.

Kami berjaya membeli cincin, rantai dan cenderahati setelah puashati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Dapatlah harga “pecah telur”(pelanggan pertama)





Rumah Gadang daripada perak

Batu alam yang berkualiti

Seterusnya , kami meneruskan perjalanan dan singgah melihat Kampung Sungai Landia.

Panorama Sungai Landia






Di tengah perjalanan menuju puncak lawang, kami sempat membeli kacang matur yang terkenal lagi sedap Enaknya kalah kacang Ngin Yan di Malaysia hihi. Kami turut membeli sebagai oleh-oleh.

Kacang ajaib hihi...enak banget!!

Akhirnya sampai juga di Puncak Lawang dan melihat keindahan Tasik Maninjau dari puncak bukit. Sangat menakjubkan...Subhanallah.  Tasik ini terkenal  dengan legenda Bujang Sambilan


Puncak Lawang


Tasik Maninjau merupakan tasik vulkanik

Kemudian kami melanjutkan lawatan menuju  kelok 44 berselekoh tajam serta sempit Tasik Maninjau pengalaman yang sangat berbeza.

Kelok 44 adalah jalan di kawasan perbukitan dengan jumlah 44 selekoh dan setiap selekoh ditulis angka, mulai dari bawah dengan angka 1 dan berakhir di atas dengan angka 44. menurut cerita versi Pa’ Unchu , ketika menulis angka, catnya telah habis dan hari telah petang, sedangkan lekuknya lebih daripada itu (Betul ke tu Pak??? Hahaha).....

Kami melewati kelok  mulai dari atas menuju bawah, jadi angka yang mula-mula kami temui adalah angka 44 dan berjalan sehingga lekuk 35 sahaja. Kemudian naik semula ke atas dengan kelajuan maksimum. Wahhhh!! Seperti naik roller coaster! haha




Perbukitan Kelok 44


Kami kembali ke Bukit Tinggi. Pa’ Unchu membawa kami makan tengahari di Pauh Piaman. Meriah betul lauk pauknya. Apa lagi...ngap lah!!




Fokus pada lauk sementara Aqeel tengah merajuk hihi




Perut dah kenyang, tenaga pun dah penuh.  Kami teruskan perjalanan ke Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukit Tinggi.

Sejarahnya semasa penjajahan Jepun, mereka menggunakan tenaga buruh paksa tempatan untuk membina lobang ini sebagai markas/kubu tentera jepun yg menjajah Indonesia selama lebih kurang 3 tahun setengah.

Ketinggian tangga adalah sebanyak 130 mata lebih untuk turun ke bawah.Dalam lobang ni terdapat bilik simpanan senjata, penjara, tempat siksaan dan lain-lain.

Semasa melawat, kami di bawa dan diberi info oleh tourist guide tempatan dengan bayaran RM10 seorg. Kalau tak masuk rugi walaupun capek dikit (letih sedikit)



Foto dulu di pintu gerbang....!!!
  
Pintu masuk Lobang Jepang

Tangga turun ke Lobang Jepang




Ruang pengintaian tempat siksaan dan membuang mayat melalui lubang terus ke sungai

Bergambar dengan tourist guide Lobang Jepang

Jam sudah4 petang, kami meneruskan lawatan dan singgah di Pasar Atas di mana terdapat mercu tanda Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang.

Kami merakan kenangan di hadapan jam dan bersama watak kartun yang ada disitu. Bayarannya ialah Rp 10,000.

Jam Gadang, mercu tanda Bukit Tinggi

Bergambar dengan watak kartun



Disini, kami membeli telekung dan kain sulam. Harganya pun boleh tahan dengan kualiti yang baik. Hujan turun dengan lebat dan biasanya orang perempuan lupa diri bila shopping. Orang yang menunggu kuyup dibasahi hujan....Ampunn pakkk!! “ Enggak apa buk, kebahagiamu, penderitaan kami” haha...

Oleh sebab hujan lebat maka kami ambil keputusan untuk bungkus aje makan malam . Pa’ Unchu telah membeli Nasi Goreng Mama dan aku telah membeli pizza malam itu. Hujan makin lebat dan kami pulang ke hotel jam 10 malam. Makan n zzzz....

no phone supir: Pa' Unchu  +62852 63 050669
email : ajhoul@gmail.com
fb: pa'unchu aulia