Jumaat, 14 November 2014

Catatan ke Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat (Part 3)

Jadual hari 3: Minang Kabau tour, Harau Valey dan Fly Over Ranah Minang
Jam 8.45 pagi Pa’ Unchu pun sampai untuk teruskan lawatan hari itu.

Sebelum lawatan, kami singgah sebentar di Pasar Aur Kuning untuk cari telekung dan tshirt.
Pasar Aur Kuning merupakan pasar borong terbesar di Ranah Minang

Kami juga dibawa Pa’ Unchu singgah ke kedai menjual kerepek(sana mereka panggil kripik) dan makanan tempatan. Nama kedai tu Ummi Aufa Hakim. Uniknya kedai ini ialah pelanggan diberi merasa kerepek dan makanan yang dijual disitu.





Proses menggoreng keropok sanjai yang  menggunakan ubi kayu 




Proses memotong ubi kayu menggunakan mesin

Selain itu, proses membuat kerepek dan makanan yg dijual tu dijalankan di tempat yang sama. .Jadi masa yang sama kami sempat melihat cara pembuatan makanan yg dijual itu . Memang bersih dan terbaik!!




Mama dan Aqeel sempat berselfie dalam perjalanan haha

Kami seterusnya menuju rumah gadang, Istano Basa Pagar Ruyung di Kabupaten Tanah Datar. Sebelum itu , kami singgah di rumah Kopi Kiniko di daerah Tabek Patah. Disana kami melihat cara membuat kopi tempatan yang prosesnya masih secara manual/tradisional.

Aroma kopi menusuk hidung.Di sini,pengunjung boleh merasa keenakan kopi kiniko secara gratis(percuma)...”Enggak enak tak perlu bayar” kata Pa’ Unchu.  Memang tak sedap pun hihi

Kami membeli kopi dan kuah pecel ready made. Memang sedap dan puashati.


                                                                    Brand Kopi Kiniko




Proses membakar biji kopi sebelum digiling menjadi serbuk




 Aqeel dan Tok Su sempat lawan main congkak


 Kopi diberikan percuma(gratis) tapi bancuh sendiri



Kami meneruskan perjalanan ke tempat paling bersejarah di Ranah Minang iaitu Istana Basa Pagar Ruyung yang terletak di  Batu Sangkar, Kabupaten Tanah Datar. Lokasinya yang berada di sisi jalan sangat mudah untuk dilihat  dari jalan besar.

Pada tahun 2007, Istano Basa mengalami kebakaran besar akibat petir yang menyambar di puncak istana[2]. Akibatnya, bangunan tiga tingkat ini hangus terbakar. Ikut terbakar juga sebahagian dokumen, serta kain-kain hiasan.

Barang-barang yang selamat dari kebakaran tersebut sekarang disimpan di Balai Benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Harta pusaka Kerajaan Pagaruyung sendiri disimpan di Istano Silinduang Bulan, 2 kilometer dari Istano Basa.[4]


Di sini terdapat anak-anak  muda yang menawarkan khidmat mengambil foto dengan bayaran RM10 satu gambar. Pengunjung boleh menyewa pakaian pengantin untuk merasakan sendiri budaya Minangkabau
Bergambar di pintu masuk Istano Basa Pagar Ruyong







Bahagian dapur istana


Istana Silindung Bulan
Jam menunjukkan pukul 2 .30 petang, perut pun dah berkeroncong.
Kami makan tengahari di Kedai Makan Si Tujuah di Paya Kumbuh. Special di sini ialah dendeng/daging bakar, ikan bakar dan gulai kambing di samping lauk yang lain lagi sangat enak.

  
Pemandangan indah sawah padi sebelum sampai tempat makan 






Banyaknya lauk.....

Kemudian kami di bawa ke Lembah Harau, Paya Kumbuh, salah satu tempat lawatan yang jarang dikunjungi oleh pelancong Malaysia.


Pemandangan di Lembah Harau yang dikelilingi batu kapur yang teguh


Air terjun yang cantik dan sejukkkkk....

Tangkap gambar dulu...cheeseee!!



Kami meneruskan perjalanan di ranah minang dengan melawat Kelok  9 , Paya Kumbuh. Disana terdapat Fly Over yang sangat tinggi dan binaan yang tersendiri. Pelik juga kerana Fly Over Ranah Minang ni dibina di tengah hutan.

Kami sempat bergambar di bahagian atas fly over yg tinggi sangat tu...fuhhhhh....cemas jugak...pak Unchu juga bergambar dengan penuh sylo( cayalah Pak!!!)





Fly Over Keluk 9, Paya Kumbuh






Hati-hati Pak Lim dan Pak Su...nanti jatuh kebelakang
Bersama Pak Unchu 



Pewwiiittttttt....gaya Pa’ Unchu yang comel lagi ganteng hahaha
(dipaksa bergaya oleh ibu aisyah katanyaa......)

Dengan lawatan ke Fly Over tersebut, maka tamatlah lawatan kami pada hari itu. Kami pulang ke Bukit Tinggi dan sampai ke hotel jam 9. 30 malam. Mandi, makan dan zzzz.... semua kecapetan haha


Hari 4 (Jumaat-24 Oktober 2014)

Pagi itu, hari terakhir di ranah minang. Kami sempat bergambar di hadapan hotel. Sedih jugak rasanya huhu...



Bergambar bersama Pa’ Unchu
  
Dalam perjalanan ke airport, kami sempat singgah diPusat Dokumentasi Minangkabau dan  Air Terjun Lembah Anai. Disini kami hanya bergambar memandangkan terpaksa mengejar masa.

Pusat Informasi  dan Dokumentasi Minangkabau









 Babah dan Aqeel je yang pose di sini

Sebelum sampai airport, kami singgah semula di RM Lamun Ombak untuk beli makan tengahari ( tapau aje). Kami beli murtabak mesir...memang terbaik!

Kami sampai di airport jam 11.30 pagi kerana akan terbang jam 1.50 petang. Maka berakhirlah lawatan kami di ranah minang yang meninggalkan memori indah yang akan diingati sehingga akhir hayat.....


....Selamat tinggal Bukit Tinggi,
....Selamat tinggal Padang
....Selamat Tinggal Pa’ Unchu
....Selamat tinggal kenangan
....Ada umur kita ketemu lagi.....


Untuk contact Pa’ Unchu ( Supir paling happening)phone: +62852 63 050669,
 email: ajhoul@gmail.com, 
 fb: pa’unchu aulia.

Catatan: Ibu Aisyah-Bandar Enstek(0126612081)





2 ulasan:

  1. Assalamualaikum maaf Saya Mukhlis dari Bukittinggi padang tumpang promotion, saya Driver com Tourist Guide kat Bukittinggi sudah 15 Tahun bekerja di Travel agentcy di Bukittinggi-Padang, bagi Tuan Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan transportasi kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akn bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp untuk informasi detail
    +628197513210 or +6281268422608   email mukhlis8877@gmail.com
    mukhlis8877@yahoo.co.id

    BalasPadam