CATATAN PERJALANAN KE BUKIT TINGGI, PADANG ,SUMATERA (PART 2)
Hari 2 (Rabu- 22 Oktober 2014)
Hari 2 (Rabu- 22 Oktober 2014)
Sarapan
di hotel jam 7.30 pagi
Pak
Unchu datang jam 8.30 pagi
Jadual:
Tasik Maninjau
Pagi
tu Aqeel heboh nak naik kuda(bendi). Menurut Pa’ Unchu terdapat kuda sewaan di Jam Gadang
tapi harganya agak mahal kira-kira Rp100,000(RM30). Jadi, dia cadangkan
naik kuda yang terdapat di jalan aje. Dapatlah Aqeel naik kuda dengan bayaran
RP50,000 (RM15) 2 kali pusing dan kami tunggu di hotel. Puaslah hati Aqeel
dapat naik kuda. Kalau tak dia bising dan buat hal hehe.....
Seronoknya Aqeel naik kuda
Hari
tu kami teruskan lawatan ke Tasik maninjau dan sempat singgah di Koto Gadang, tempat
pembuatan barangan perak, Silver Work
Welisyar. Setelah tangkap gambar, akviti belek-belek barang hiasan perak pun
bermula.
Kami
berjaya membeli cincin, rantai dan cenderahati setelah puashati dengan kualiti
dan harga yang ditawarkan. Dapatlah harga “pecah telur”(pelanggan pertama)
Rumah Gadang daripada perak
Batu alam yang berkualiti
Seterusnya
, kami meneruskan perjalanan dan singgah melihat Kampung Sungai Landia.
Panorama Sungai Landia
Di
tengah perjalanan menuju puncak lawang, kami sempat membeli kacang matur yang terkenal
lagi sedap Enaknya kalah kacang Ngin Yan di Malaysia hihi. Kami turut membeli
sebagai oleh-oleh.
![]() |
| Kacang ajaib hihi...enak banget!! |
Akhirnya
sampai juga di Puncak Lawang dan melihat keindahan Tasik Maninjau dari puncak
bukit. Sangat menakjubkan...Subhanallah. Tasik ini terkenal dengan legenda Bujang Sambilan
![]() |
| Puncak Lawang |
Tasik Maninjau merupakan tasik vulkanik
Kemudian
kami melanjutkan lawatan menuju kelok 44
berselekoh tajam serta sempit Tasik Maninjau pengalaman yang sangat berbeza.
Kelok
44 adalah jalan di kawasan perbukitan dengan jumlah 44 selekoh dan setiap selekoh
ditulis angka, mulai dari bawah dengan angka 1 dan berakhir di atas dengan
angka 44. menurut cerita versi Pa’ Unchu , ketika menulis angka, catnya telah
habis dan hari telah petang, sedangkan lekuknya lebih daripada itu (Betul ke tu
Pak??? Hahaha).....
Kami
melewati kelok mulai dari atas menuju
bawah, jadi angka yang mula-mula kami temui adalah angka 44 dan berjalan
sehingga lekuk 35 sahaja. Kemudian naik semula ke atas dengan kelajuan
maksimum. Wahhhh!! Seperti naik roller coaster! haha
Perbukitan Kelok 44
Kami
kembali ke Bukit Tinggi. Pa’ Unchu membawa kami makan tengahari di Pauh Piaman.
Meriah betul lauk pauknya. Apa lagi...ngap lah!!
Fokus pada lauk sementara Aqeel tengah merajuk
hihi
Perut
dah kenyang, tenaga pun dah penuh. Kami
teruskan perjalanan ke Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukit Tinggi.
Sejarahnya
semasa penjajahan Jepun, mereka menggunakan tenaga buruh paksa tempatan untuk
membina lobang ini sebagai markas/kubu tentera jepun yg menjajah Indonesia
selama lebih kurang 3 tahun setengah.
Ketinggian
tangga adalah sebanyak 130 mata lebih untuk turun ke bawah.Dalam lobang ni
terdapat bilik simpanan senjata, penjara, tempat siksaan dan lain-lain.
Semasa
melawat, kami di bawa dan diberi info oleh tourist guide tempatan dengan
bayaran RM10 seorg. Kalau tak masuk rugi walaupun capek dikit (letih sedikit)
Foto dulu di pintu gerbang....!!!
Pintu masuk Lobang Jepang
Tangga turun ke Lobang Jepang
Ruang pengintaian tempat siksaan dan membuang
mayat melalui lubang terus ke sungai
Bergambar dengan tourist guide Lobang Jepang
Jam
sudah4 petang, kami meneruskan lawatan dan singgah di Pasar Atas di mana
terdapat mercu tanda Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang.
Kami
merakan kenangan di hadapan jam dan bersama watak kartun yang ada disitu.
Bayarannya ialah Rp 10,000.
Jam Gadang, mercu tanda Bukit Tinggi
Bergambar dengan watak kartun
Disini,
kami membeli telekung dan kain sulam. Harganya pun boleh tahan dengan kualiti
yang baik. Hujan turun dengan lebat dan biasanya orang perempuan lupa diri bila
shopping. Orang yang menunggu kuyup dibasahi hujan....Ampunn pakkk!! “ Enggak
apa buk, kebahagiamu, penderitaan kami” haha...
Oleh
sebab hujan lebat maka kami ambil keputusan untuk bungkus aje makan malam . Pa’
Unchu telah membeli Nasi Goreng Mama dan aku telah membeli pizza malam itu.
Hujan makin lebat dan kami pulang ke hotel jam 10 malam. Makan n zzzz....
no phone supir: Pa' Unchu +62852 63 050669
email : ajhoul@gmail.com
fb: pa'unchu aulia
no phone supir: Pa' Unchu +62852 63 050669
email : ajhoul@gmail.com
fb: pa'unchu aulia


























kawan-kawan ...jom la view catatan bukit tinggi ,padang saya ni..semoga dapat serba sedikit info..tq
BalasPadamAssalamualaikum maaf Saya Mukhlis dari Bukittinggi padang tumpang promotion, saya Driver com Tourist Guide kat Bukittinggi sudah 15 Tahun bekerja di Travel agentcy di Bukittinggi-Padang, bagi Tuan Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan transportasi kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akn bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp untuk informasi detail
BalasPadam+628197513210 or +6281268422608 email mukhlis8877@gmail.com
mukhlis8877@yahoo.co.id
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.