Isnin, 3 November 2014

CATATAN PERJALANAN KE BUKIT TINGGI, PADANG ,SUMATERA (PART 2)


Hari 2 (Rabu- 22 Oktober 2014)
Sarapan di hotel jam 7.30 pagi
Pak Unchu datang jam 8.30 pagi

Jadual: Tasik Maninjau

Pagi tu Aqeel heboh nak naik kuda(bendi).  Menurut Pa’ Unchu terdapat kuda sewaan  di Jam Gadang  tapi harganya agak mahal kira-kira Rp100,000(RM30). Jadi, dia cadangkan naik kuda yang terdapat di jalan aje.  Dapatlah Aqeel naik kuda dengan bayaran RP50,000 (RM15) 2 kali pusing dan kami tunggu di hotel. Puaslah hati Aqeel dapat naik kuda. Kalau tak dia bising dan buat hal hehe.....




 Seronoknya Aqeel naik kuda

Hari tu kami teruskan lawatan ke Tasik maninjau dan sempat singgah di Koto Gadang, tempat pembuatan barangan perak, Silver  Work Welisyar. Setelah tangkap gambar, akviti belek-belek barang hiasan perak pun bermula.

Kami berjaya membeli cincin, rantai dan cenderahati setelah puashati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Dapatlah harga “pecah telur”(pelanggan pertama)





Rumah Gadang daripada perak

Batu alam yang berkualiti

Seterusnya , kami meneruskan perjalanan dan singgah melihat Kampung Sungai Landia.

Panorama Sungai Landia






Di tengah perjalanan menuju puncak lawang, kami sempat membeli kacang matur yang terkenal lagi sedap Enaknya kalah kacang Ngin Yan di Malaysia hihi. Kami turut membeli sebagai oleh-oleh.

Kacang ajaib hihi...enak banget!!

Akhirnya sampai juga di Puncak Lawang dan melihat keindahan Tasik Maninjau dari puncak bukit. Sangat menakjubkan...Subhanallah.  Tasik ini terkenal  dengan legenda Bujang Sambilan


Puncak Lawang


Tasik Maninjau merupakan tasik vulkanik

Kemudian kami melanjutkan lawatan menuju  kelok 44 berselekoh tajam serta sempit Tasik Maninjau pengalaman yang sangat berbeza.

Kelok 44 adalah jalan di kawasan perbukitan dengan jumlah 44 selekoh dan setiap selekoh ditulis angka, mulai dari bawah dengan angka 1 dan berakhir di atas dengan angka 44. menurut cerita versi Pa’ Unchu , ketika menulis angka, catnya telah habis dan hari telah petang, sedangkan lekuknya lebih daripada itu (Betul ke tu Pak??? Hahaha).....

Kami melewati kelok  mulai dari atas menuju bawah, jadi angka yang mula-mula kami temui adalah angka 44 dan berjalan sehingga lekuk 35 sahaja. Kemudian naik semula ke atas dengan kelajuan maksimum. Wahhhh!! Seperti naik roller coaster! haha




Perbukitan Kelok 44


Kami kembali ke Bukit Tinggi. Pa’ Unchu membawa kami makan tengahari di Pauh Piaman. Meriah betul lauk pauknya. Apa lagi...ngap lah!!




Fokus pada lauk sementara Aqeel tengah merajuk hihi




Perut dah kenyang, tenaga pun dah penuh.  Kami teruskan perjalanan ke Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukit Tinggi.

Sejarahnya semasa penjajahan Jepun, mereka menggunakan tenaga buruh paksa tempatan untuk membina lobang ini sebagai markas/kubu tentera jepun yg menjajah Indonesia selama lebih kurang 3 tahun setengah.

Ketinggian tangga adalah sebanyak 130 mata lebih untuk turun ke bawah.Dalam lobang ni terdapat bilik simpanan senjata, penjara, tempat siksaan dan lain-lain.

Semasa melawat, kami di bawa dan diberi info oleh tourist guide tempatan dengan bayaran RM10 seorg. Kalau tak masuk rugi walaupun capek dikit (letih sedikit)



Foto dulu di pintu gerbang....!!!
  
Pintu masuk Lobang Jepang

Tangga turun ke Lobang Jepang




Ruang pengintaian tempat siksaan dan membuang mayat melalui lubang terus ke sungai

Bergambar dengan tourist guide Lobang Jepang

Jam sudah4 petang, kami meneruskan lawatan dan singgah di Pasar Atas di mana terdapat mercu tanda Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang.

Kami merakan kenangan di hadapan jam dan bersama watak kartun yang ada disitu. Bayarannya ialah Rp 10,000.

Jam Gadang, mercu tanda Bukit Tinggi

Bergambar dengan watak kartun



Disini, kami membeli telekung dan kain sulam. Harganya pun boleh tahan dengan kualiti yang baik. Hujan turun dengan lebat dan biasanya orang perempuan lupa diri bila shopping. Orang yang menunggu kuyup dibasahi hujan....Ampunn pakkk!! “ Enggak apa buk, kebahagiamu, penderitaan kami” haha...

Oleh sebab hujan lebat maka kami ambil keputusan untuk bungkus aje makan malam . Pa’ Unchu telah membeli Nasi Goreng Mama dan aku telah membeli pizza malam itu. Hujan makin lebat dan kami pulang ke hotel jam 10 malam. Makan n zzzz....

no phone supir: Pa' Unchu  +62852 63 050669
email : ajhoul@gmail.com
fb: pa'unchu aulia


3 ulasan:

  1. kawan-kawan ...jom la view catatan bukit tinggi ,padang saya ni..semoga dapat serba sedikit info..tq

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum maaf Saya Mukhlis dari Bukittinggi padang tumpang promotion, saya Driver com Tourist Guide kat Bukittinggi sudah 15 Tahun bekerja di Travel agentcy di Bukittinggi-Padang, bagi Tuan Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan transportasi kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akn bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp untuk informasi detail
    +628197513210 or +6281268422608   email mukhlis8877@gmail.com
    mukhlis8877@yahoo.co.id

    BalasPadam
  3. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    BalasPadam